Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea.” Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum.
Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.
Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.
Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak:
- Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yangdilalui sendiri.
- Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatukurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama.
- Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.
- Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.
- Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.
No comments:
Post a Comment