KANDUNGANKURIKULUM
1. Komponen Bahasa Dan Komunikasi
2. Komponen Kognitif
3. Komponen Pendidikan Kerohanian dan Moral
4. Komponen Perkembangan Sosioemosi
5. Komponen Perkembangan dan Estetika
6. Komponen Kreativiti dan Estetika
Pendekatan serta pengelolaan pengajaran dan pembelajaran
Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah, empat pendekatan pengajaran dan pembelajaran diutamakan iaitu
1. Pendekatan belajar melalui bermain
2. Pendekatan bertema
3. Pendekatan bersepadu
4. Pendekatan ICT
PENGURUSAN RUANG
1. Ruang dalam kelas
- Aktiviti individu, kumpulan dan kelas
- Aktiviti pembelajaran berasaskan komponen
- Menempatkan alat mainan, bahan rujukan, bahan bacaan dan menyimpan barang
Contoh aktiviti
- Bercerita
- Circle Time
- Menyanyi
- Bergerak mengikut muzik
- Berlakon
- Aktiviti seni
2. Ruang Luar Kelas
- Aktiviti bebas
- Aktiviti individu dan kumpulan
- Menempatkan permainan luar ( buaian, papan gelongsor dan lain-lain )
Contoh aktiviti
- Permainan air dan pasir
- Manipulatif ( pertukangan )
- Pemerhatian
- Lawatan persekitaran
3. Ruang Penyediaan Makanan
- Penyediaan makanan
- Memberi murid pengalaman, menghidang makanan dan mengemas tempat makan.
- Melatih menjaga kebersihan dan keselamatan
Contoh aktiviti :
- Memberi pendedahan kepada murid pengalaman memasak, menghidang makanan dan minuman.
- Mengamalkan adab sebelum, semasa dan selepas makan.
- Mengamalkan nilai murni.
Tempoh pengajaran dan pembelajaran
Tempoh pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah sekurang-kurangnya tiga jam sehari selama lima hari dalam seminggu.Aktiviti Pendidikan Prasekolah mengambil kira peruntukan yang ditetapkan dalam Seksyen 17 dan 23 Akta Pendidikan (1996)
AKTIVITI | MASA |
Rutin pagi | 10 minit |
Perbualan pagi | 20 minit |
Permainan luar | 20 minit |
Aktiviti kumpulan | 60 minit |
Rehat | 30 minit |
Aktiviti kelas | 30 minit |
Penutup | 10 minit |
Jumlah | 180 minit |
Susunan aktiviti dan peruntukan masa adalah fleksibel
Penilaian dan Rekod Perkembangan Murid
Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran . Penilaian adalah diasaskan kepada perkembangan dan kemajuan murid dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Antara cara untuk mengesan perkembangan adalah melalui pemerhatian seperti tingkah laku , perbualan dan hasil kerja murid. Hasil pemerhatian akan disimpan dalam portfolio yang terdiri rekod peribadi murid, rekod perkembangan dan kemajuan murid serta contoh hasil kerja murid.
PENGLIBATAN IBU BAPA
Penglibatan ibubapa,penjaga dan komuniti adalah satu badan yang dikenali sebagai badan permuafakatan. Ia berperanan dalam membantu perkembangan murid prasekolah. Antara peranan penting ibubapa,penjaga dan komuniti ialah:
1. Mengukuhkan pembelajaran
2. Menyumbangkan kepakaran atau sebagai rujukan.
3. Memberi sumbangan tenaga dan bahan
4. Memberi khidmat kebajikan.
PUSAT PEMBELAJARAN
PUSAT BAHASA DAN KOMUNIKASI
· Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
· Berintaraksi dengan bahan bacaan melalui gambar dan bahan cetakan.
· Menambah dan mengukuhkan perbendaharaan kata.
· Memupuk sikap sayangkan buku.
· Menanam minat membaca.
· Mengembangkan kamahiran membaca dan menulis.
PUSAT KOGNITIF
· Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas proses sains dan matematik.
· Meningkatkan pengetahuan tentang konsep pranombor, asas nombor dan asas sains.
· Meningkatkan kemahiran proses sains seperti pemerhatian, pengelasan, menjalankan eksperimen dan merekod.
PUSAT KEROHANIAN DAN MORAL
· Memupuk semangat keislaman pada murid Islam.
· Menyedari adanya Tuhan sebagai Pencipta alam.
· Memupuk nilai dan akhlak yang mulia.
· Memupuk semangat cintakan Negara dan perpaduan.
PUSAT KREATIVITI DAN ESTETIKA
· Membuat penerokaan pelbagai bahan semula jadi dan kitar semula.
· Membuat penerokaan pelbagai konsep tekstur, saiz, warna dan bentuk.
· Menghasilkan sesuatu rakaan atau ciptaan pelbagai bahan.
· Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi.
· Meningkatkan kemahiran mendengar.
· Bermain alat muzik mengikut tangga solfa.
· Memahami konsep ritma, tempo dan melodi.
· Meningkatkan kepekaan dan daya mengingat.
PUSAT MANIPULATIF
· Meningkatkan koordinasi motor halus.
· Menumpukan perhatian dan meningkatkan ketekunan.
· Menggunakan kemahiran berfikir untuk meyelesaikan masalah.
· Melahirkan imaginasi dan kreativiti.
PUSAT TEKNOLOGI
· Menggunakan pelbagai peralatan teknologi.
· Memperolehi maklumat.
· Berinteraksi dengan bahan untuk belajar mengikut kemampuan sendiri.
· Memperkayakan pengalaman pembelajaran.
PUSAT MAIN PERANAN/PONDOK
· Menjalankan aktiviti sendiri.
· Berinteraksi dan berkomunikasi.
· Mengalami suasana seperti rumah kediaman, kedai, klinik, pejabat pos.
· Melahirkan emosi dan mengembangkan minat dan bakat.
· Melakonkan cerita berdasarkan pengalaman di rumah dan masyarakat persekitaran.
PERMAINAN LUAR
· Meningkatkan kemahiran motor kasar.
· Meningkatkan kefahaman konsep sains dan matematik seperti melalui alat gelonsor, buaian dan jongkang- jongkit.
· Memupuk nilai murni seperti bekerjasama, bersabar menunggu giliran dalam suasana riang.
· Meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri dan rakan.