Blogger Templates

SELAMAT DATANG KE BLOG SAYA

Friday 25 November 2011

MARI BERPANTUN

Perkenalkan nama haiwan melalui pantun. 
JOM KITA BERPANTUN
Anak rusa nani
Baru kembang ekor 
Apa dosa kami
lalu tidak tegur


Pok amai-amai 
Belalang kupu-kupu 
Bertepuk adik pandai 
Malam nanti upah susu

Pokok bunga melur 
Tanam tepi batas 
Itik dah bertelur 
Ayam dah menetas

Lompat si katak lompat 
Lompat dalam perigi 
Cepat adik cepat 
Pergi mandi cuci gigi

Anak lembu merah 
Tambat di pokok asam 
Adik kena marah 
Tarik muka masam

Burung Kakak Tua 
Hinggap di jendela 
Nenek sudah tua 
Giginya tingal dua

Anak kumbang jati 
Suka korek tiang 
Senang rasa hati 
Emak sudah pulang

Geylang si paku Geylang 
Geylang si rama-rama 
Pulang marilah pulang 
Marilah pulang bersama-sama


Wednesday 23 November 2011

MICRO TEACHING

Set Induksi
Tema- Haiwan Jinak



TEMA TAHUNAN PRASEKOLAH

Ini senarai tema yang digunakan oleh guru prasekolah.


AKTIVITI MENGIRA ( MATEMATIK )

JOM KIRA ANAK IKAN






       

INFO PRASEKOLAH

KANDUNGANKURIKULUM
1.      Komponen Bahasa Dan Komunikasi
2.      
Komponen  Kognitif
3.      
Komponen Pendidikan Kerohanian dan Moral
4.      
Komponen Perkembangan Sosioemosi
5.      
Komponen Perkembangan dan Estetika
6.      
Komponen Kreativiti dan Estetika

Pendekatan  serta pengelolaan pengajaran dan pembelajaran
Berasaskan konsep dan prinsip pendidikan prasekolah, empat pendekatan pengajaran dan  pembelajaran diutamakan iaitu 
1.     Pendekatan belajar melalui bermain
2.      
Pendekatan bertema
3.      
Pendekatan bersepadu
4.      
Pendekatan ICT

PENGURUSAN RUANG 
1.  Ruang dalam kelas
-   Aktiviti individu, kumpulan dan kelas
-   Aktiviti pembelajaran berasaskan komponen
-   Menempatkan alat mainan, bahan rujukan, bahan bacaan dan menyimpan barang
Contoh aktiviti
-   Bercerita
-
   Circle Time
-
   Menyanyi
-
   Bergerak mengikut muzik
-
   Berlakon
-
   Aktiviti seni 
2.  Ruang Luar Kelas
-   Aktiviti bebas
-   Aktiviti individu dan kumpulan
-   Menempatkan permainan luar  ( buaian, papan gelongsor dan lain-lain ) 
Contoh aktiviti
-   Permainan air dan pasir
-   Manipulatif ( pertukangan )
-   Pemerhatian
-   Lawatan persekitaran
3.  Ruang Penyediaan Makanan
-   Penyediaan makanan
-   Memberi murid pengalaman, menghidang makanan dan mengemas tempat makan.
-   Melatih menjaga kebersihan dan keselamatan
Contoh aktiviti :
-   Memberi pendedahan kepada murid pengalaman memasak, menghidang makanan dan minuman.
   Mengamalkan adab sebelum, semasa dan selepas makan.
   Mengamalkan nilai murni.

Tempoh pengajaran dan pembelajaran
Tempoh  pengajaran dan pembelajaran di kelas prasekolah sekurang-kurangnya tiga jam sehari  selama lima hari dalam seminggu.Aktiviti  Pendidikan Prasekolah mengambil kira peruntukan yang ditetapkan dalam Seksyen  17 dan 23 Akta Pendidikan (1996)

AKTIVITI
MASA
Rutin pagi
10  minit
Perbualan pagi
20 minit
Permainan luar 
20 minit
Aktiviti kumpulan
60 minit
Rehat
30 minit
Aktiviti kelas
30 minit
Penutup
10 minit
Jumlah
180 minit
Susunan aktiviti dan peruntukan masa adalah fleksibel

Penilaian dan Rekod Perkembangan Murid
Penilaian adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran . Penilaian adalah diasaskan kepada perkembangan dan kemajuan murid dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Antara cara untuk mengesan perkembangan adalah melalui pemerhatian seperti tingkah laku , perbualan dan hasil kerja murid. Hasil pemerhatian akan disimpan dalam portfolio yang terdiri rekod peribadi murid, rekod perkembangan dan kemajuan murid serta contoh hasil kerja murid.

PENGLIBATAN IBU BAPA
Penglibatan ibubapa,penjaga dan komuniti adalah satu badan yang dikenali sebagai badan permuafakatan. Ia berperanan  dalam membantu  perkembangan murid prasekolah. Antara peranan penting ibubapa,penjaga dan komuniti ialah:
1.  Mengukuhkan pembelajaran
2.  Menyumbangkan kepakaran atau sebagai rujukan.
3.  Memberi sumbangan tenaga dan bahan
4.  Memberi khidmat kebajikan.

PUSAT PEMBELAJARAN
PUSAT BAHASA DAN KOMUNIKASI
·         Meningkatkan kemahiran berkomunikasi.
·         Berintaraksi dengan bahan bacaan melalui gambar dan bahan cetakan.
·         Menambah dan mengukuhkan perbendaharaan kata.
·         Memupuk sikap sayangkan buku.
·         Menanam minat membaca.
·         Mengembangkan kamahiran membaca dan menulis.


PUSAT KOGNITIF
·         Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas proses sains dan matematik.
·         Meningkatkan pengetahuan tentang konsep pranombor, asas nombor dan asas sains.
·         Meningkatkan kemahiran proses sains seperti pemerhatian, pengelasan, menjalankan eksperimen dan merekod.

PUSAT KEROHANIAN DAN MORAL
·         Memupuk semangat keislaman pada murid Islam.
·         Menyedari adanya Tuhan sebagai Pencipta alam.
·         Memupuk nilai dan akhlak yang mulia.
·         Memupuk semangat cintakan Negara dan perpaduan.

PUSAT KREATIVITI DAN ESTETIKA
·         Membuat penerokaan pelbagai bahan semula jadi dan kitar semula.
·         Membuat penerokaan pelbagai konsep tekstur, saiz, warna dan bentuk.
·         Menghasilkan sesuatu rakaan atau ciptaan pelbagai bahan.
·         Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi.
·         Meningkatkan kemahiran mendengar.
·         Bermain alat muzik mengikut tangga solfa.
·         Memahami konsep ritma, tempo dan melodi.
·         Meningkatkan kepekaan dan daya mengingat.

PUSAT MANIPULATIF
·         Meningkatkan koordinasi motor halus.
·         Menumpukan perhatian dan meningkatkan ketekunan.
·         Menggunakan kemahiran berfikir untuk meyelesaikan masalah.
·         Melahirkan imaginasi dan kreativiti.

PUSAT  TEKNOLOGI
·         Menggunakan pelbagai peralatan teknologi.
·         Memperolehi maklumat.
·         Berinteraksi dengan bahan untuk belajar mengikut kemampuan sendiri.
·         Memperkayakan pengalaman pembelajaran.

PUSAT MAIN PERANAN/PONDOK
·         Menjalankan aktiviti sendiri.
·         Berinteraksi dan berkomunikasi.
·         Mengalami suasana seperti rumah kediaman, kedai, klinik, pejabat pos.
·         Melahirkan emosi dan mengembangkan minat dan bakat.
·         Melakonkan cerita berdasarkan pengalaman di rumah dan masyarakat persekitaran.

PERMAINAN LUAR
·         Meningkatkan kemahiran motor kasar.
·         Meningkatkan kefahaman konsep sains dan matematik seperti melalui alat gelonsor, buaian dan jongkang- jongkit.
·         Memupuk nilai murni seperti bekerjasama, bersabar menunggu giliran dalam suasana riang.
·         Meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan diri dan rakan.

Monday 21 November 2011

JOM MEWARNA

Semua kanak-kanak sukakan warna. Aktiviti mewarna gambar adalah salah satu aktiviti yang digemari oleh murid didalam kelas prasekolah. 

HAIWAN JINAK

HAIWAN LIAR



HAIWAN DI DALAM AIR


SERANGGA







LEMBARAN KERJA

Contoh lembaran kerja yang sesuai untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.







TOPENG HAIWAN

Topeng oh topeng





jom kawan-kawan kita buat topeng haiwan. sesuai sangat untuk tema haiwan. bila dah siap topeng nanti bolehlah digunakan dalam pelbagai aktiviti spt. bercerita, berlakon, menyanyi dan sebagainya

BELAJAR ORIGAMI

Origami ikan


Origami katak


mari kita buat origami

MARI MENYANYI













PENGAJARAN BERTEMA PRASEKOLAH


Menurut Kostelnik (1989), “theme teaching involves offering children an array of activities built arround a central idea.” Machedo (1989) menyokong pendapat ini, iaitu tema adalah suatu koleksi aktiviti berkenaan sesuatu subjek ataupun idea tertentu. Subjek ataupun idea ini menyeluruh dan merangkumi banyak bidang kurikulum.

Pendekatan tema atau bertema menekankan tema pembelajaran. Strategi pengajaran bertema ataupun unit menyediakan isi kandungan dan rangka untuk menyusun aktiviti pembelajaran dan mengintegrasikan pelbagai bidang kurikulum. Kanak-kanak dapat membina kemahiran dan mempelajari topik-topik tertentu dalam ruang lingkup yang lebih luas. Kemahiran dan konsep yang akan dikuasai oleh kanak-kanak disesuaikan dengan tema pembelajaran. Pendekatan tema menyediakan kandungan dan kerangka kerja untuk susun aktiviti pembelajaran dan merentasi pelbagai bidang. Pengajaran kemahiran yang disampaikan adalah secara berperingkat-peringkat mengikut tahap umur kanak-kanak.
Selain itu, peluang lebih terbuka untuk kanak-kanak menerokai pelbagai bidang pengalaman melalui penglibatan yang aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pengalaman guru dan juga pengalaman kanak-kanak perlu dititikberatkan sebelum memulakan pengajaran bertema. Unit-unit perlu dirancang berdasarkan minat kanak-kanak dan sesuai dengan latar belakang pengalaman dan tahap perkembangan mereka.

Pendekatan ini melibatkan bidang-bidang lain tetapi membincangkan perkara yang sama iaitu haiwan sebagai tema. Pendekatan bertema melibatkan bidang yang luas tetapu tidak mendalami. Kemahiran yang berbeza tetapi bukan tujuan untuk mendalami topik. Tema boleh dianggap sebagai rangsangan ke arah pembelajaran.
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran bertema dapat membawa faedah kepada kedua-duanya; iaitu guru dan kanak-kanak:
  • Kanak-kanak dapat mendalami topik yang disenaraikan. Di samping itu, kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman yangdilalui sendiri.
  • Kurikulum berdasarkan pengajaran bertema menarik dan pelbagai. Dengan adanya tema yang menyatukan sesuatukurikulum, program atau aktiviti, bahan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak dapat dipelbagaikan. Oleh itu, pendekatan bertema membolehkan kanak-kanak melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pengukuhan dan pengayaan, di samping mendapat pengetahuan yang menyeluruh dan mendalam berkenaan subjek ataupun idea utama.
  • Guru juga tidak akan kekeringan idea bagi mencari aktiviti yang berkaitan setiap kali merancang jadual aktiviti.
  • Selain daripada menambahkan pengetahuan kognitif kanak-kanak, pengajaran dan pembelajaran bertema ini juga menggalakkan ciri kepimpinan , berkeyakinan diri, sikap saling membantu, bertoleransi dengan pendapat yang berbeza dan bekerjasama antara kanak-kanak.
  • Pendekatan bertema yang memberi kanak-kanak peluang bekerja dalam kumpulan bagi menyiapkan projek dapat meningkatkan kesedaran sosial serta pemahaman berkenaan peranan sosial dan tanggungjawab sebagai ahli kumpulan.

















TEMA PILIHAN

Haiwan di ladang


Haiwan Liar

Haiwan Didalam Air


Burung

Serangga